Monday, September 1, 2014

Aku Yang Bodoh

Gunung berapi



Benih yang ditanam disiram setiap hari,
Dengan harapan menghasilkan buah yang berkualiti.
Asimilasikan konsep ini ke dalam pengisian rohani,
Iman harus disemai,
Kesabaran yang 'berkualiti' dinanti.


Aku sedar,
Aku manusia,
Pendosa,
Tahu akan kesalahan namun
Tetap mengulanginya,
Aku bodoh.


Pabila syaitan menguasai diri,
Aku jadi lupa Allah,
Iman ku bergoyang seperti di badai angin pantai,
Syaitan ketawa kegembiraan,
Aku sedih pabila muncul kesedaran,
Aku sememangnya bodoh.


Jika aku kuat iman,
Semua ini tak mungkin terjadi,
Aku mahu iman yang utuh supaya
Aku tak mudah meletus seperti gunung berapi,
Aku mahu kedamaian seperti lautan biru.


Konkrit kan iman supaya kita aman :))